Friday, November 14, 2008

Cuti sekolah kembali lagi !

Ye,ye cuti kembali lagi,tapi yang tak bestnya ialah takde kawan tu tak best tu.tapi tahun depan cikgu kata Aiman akan jadi pengawas pusat sumber,tapi tak lagi jadi ke tak.Best tak jadi pengawas pusat sumber?Aiman tak sabar2 nak tau keputusan na nak jadi ke tak jadi.Cuti ni Aiman gi PD Aiman ingat nak bawak sedara entah boleh ke tak.Bye-bye.

Wednesday, November 5, 2008

Pereksa akhir tahun PKSR 2.

Pereksa akhir tahun Aiman dah nak habis tinggal lagi 2 hari lagi esok pereksa pendidikan seni Aiman pilih lukisan tajuknya ialah berkelah di tepi pantai lagi satu pereksa bahasa inggris boleh ke Aiman buat.Tamat.

Monday, October 27, 2008

Hadiah paling mahal sekali.

Nak tau tak hadiah paling mahal Aiman penah dapat ialah PSP tau,ni hadiah hari jadi Aiman tapi duit campur duit raya Aiman RM500 ringgit okey latu campur sikit je duit ibu ayah.Masa tu ibu tanya nak beli PSP ke PS2?Aiman pun jawab lah nak PSP.Ke esok kan hari nya lak ibu pun beli lah PSP ibu pun tanya nak warna coklat ke hitam?Aiman pun jawab lah nak warna hitam pastu pilih 10 game lak pas lih game kena instal lu baru lih main dalam perjalanan Aiman pun main lah game macam-macam game ada.

Friday, October 24, 2008

Birthday Aiman


Ramai orang nak tengok kek Aiman kan,okey hari ni jugak Aiman tunjuk kek Aiman.Itu dia kek Aiman sedap kan.MAN UTD tu. Aiman nak tunjuk hadiah lak.The end.

Thursday, October 23, 2008

Hari ni besday Aiman

Hari besday Aiman.Cake Aiman cake MAN UTD tau tak sabar 2 Aiman nak tengok cake Aiman,sedap ke tak ye mmmmm malam karang baru buat okelah tu je Aiman nak cite.

Sunday, October 19, 2008

Banyak duit raya Aiman

Aiman nak ceritakan tentang duit raya Aiman,duit raya Aiman ada RM 379.00 banyak tak,banyak tak.Semalam ada buat open house sebab tu Aiman dapat duit raya banyak belum habis lagi ni kena kumpul lagi ni banyak lagi ni.

Esok pereksa KAFA

Alamak takutnya Aiman sebab esok pereksa KAFA.Tak ape Aiman akan berusaha untuk dapat NO.1 Aiman akan mencuba,cara-caranya ialah dengan membaca buku itu ajalah untuk dapat NO.1.

Saturday, October 4, 2008

Balik kampung.


Pada hari Ahad Aiman balik kampung di Kota Bharu,Kelantan Aiman balik rumah Nenek.Aiman sampai rumah Nenek pukul 4:15 pagi tepat masanya untuk bersahur,lepas tu Aiman tak tidur Aiman buat ape tahu ? Aiman tengok TV cerita bola lepas tu azan subuh sudah,Aiman ekut Tok ayah dengan Nenek naik van.Selepas sembahyang subuh aiman jalan-jalan kat kampung.Masa nak berbuka Aiman tunggu sedara Aiman lepas mereka sampai tepat-tepat dah berbuka puasa.Malam tu main mercun sikit-sikit dulu nanti baru main yang kuat punya.
inilah gambonya.

Thursday, September 25, 2008

Cerita di sekolah

Pada 25 September 2008 pada pukul 7:45 Am.Aiman belajar tentang haiwan yang ada di Aquaria KLCC Aiman belajar di sekolah bukan dekat KLCC.Salah satunya ialah ABA knifefish keistimewaannya ialah ia boleh membuat kuasa elektrik sejauh 5.5 meter hebat tak.Lagi satu ikan Tapah keistimewaannya ialah iyanya sebesar sebuah boat besar tak,besar tak.Ada lagi satu tapak sulaiman keistimewaannya ialah jika separuh dari tubuh badannya terputus ia akan tumbuh semula.Nak tahu tak monyet yang paling kecil di dunia ialah monyet apa a..... kalau nak tahu tengok di bawah



jawapanya ialah...... monyet Marmoset kuang,kuang,kuang,kuang,kuwang.

Sunday, September 21, 2008

Majlis berbuka puasa

Hari tu Aiman buat majlis berbuka puasa ibu masak macam makanan nandos air durian belanda dan air khatira nyam,nyam.Lepas makan Aiman sembahyang dengan sedara Aiman bernama Syazwan Aiman panggil Syazwan abang Wan lagi sorang nama Arif lepas sembahyang main mercun lak lepas main mercun Aiman makan lagi dah lapar sangat makan je lah lepas makan main dart lepas tu semua balik dah boring yang tinggal hanyalah Tok Wan dan Opah.

Kawan-kawan baik Aiman

Kawan baik NO 1 Aiman ialah Afiq kerja dia ialah buat lawak hobinya ialah melukis sama macam Aiman.Kawan baik Aiman NO 2 ialah Iffan dia kecik ja dia jugak suka buat lawak hobinya jugak melukis.Kawan baik Aiman NO 3 ialah Adam dia pun kecik jugak hobinya Aiman tak tahu sebab dia tak same kelas ngan Aiman yang lain tu same kelas ngan Aiman.Kawan baik NO 4 ialah Amirrudin dia tu orang Kedah Aiman kurang paham bahasa dia tu tapi layan je lah.Kawan Baik NO 5 ialah Muzzamil dia duduk sebelah Aiman dia tu pengawas dia lah kawan paling ganjil dalam geng Aiman sebab dia pengawas.Itu je lah cerita untuk hari ni.


Ni gambar Aiman masa hari sukan darjah sutu tau.. heheheh

Thursday, September 18, 2008

Marah kat sekolah

Aiman nak cerita tentang aktiviti kat sekolah.Aiman marah sangat kat budak-budak perumpuan tau sebab dia orang tu suka main kat belakang kat tempat aiman lak tu.Pada suatu hari dia orang buat rumah hantu yang hebat lah kononya selepas tu buat tempat masak lak masa tu cikgu ade dalam kelas lak tu selepas tu kene marah tak serik-serik buat lagi marah betul aiman sabar je lah.Itu je lah yang aiman nak cerita hari ni bye-bye.

Wednesday, September 17, 2008

Aiman makan more

Hari ini Aiman makan more bukan more bukan dekat masjid tapi kat umah.Aiman makan cucur udang minum air teh susu.Hari ni Aiman tak banyak cerita.Maaf la ye.

Tuesday, September 9, 2008

Aiman kena keluar.

Hari ni Aiman kena keluar pergi cuci gambar dan pergi pejabat pos.Aiman tak boleh la buat blog banyak-banyak hari ini sebab kena keluar ni je Aiman sempat buat nak buat tadi tak ade idea sekarang baru ade idea.Asalkan Aiman ade idea je mesti nak gi mane-mane dah banyak kali dah kena tak tahu lah nak buat macam mana dah nasib tak baik.Okeylah dah nak gi dah ni bye-bye.

Monday, September 8, 2008

Aiman main internet.

Aiman main internet kat opis ayah Aiman main game Aiman tengok vedio ultraman,power rengers dan WALL.E bes.Aiman main jet ultraman max yang hebat.

Aiman cuti

Hari ni Aiman cuti sebab ade UPSR jadi Aiman pun duduklah kat opis ayah.Esok Aiman cuti lagi lusa baru aiman sekolah. Sebenarnya tak bes duduk kat opis ayah ni nak buat macam mana kat umah tak ade orang sebab tu lah aiman tak leh duduk umah kalau ade orang dah lame Aiman dok kat umah.Balik ni rase nak mamam KFC tapi tak tau lagi boleh ke tak kalau boleh Aiman nak makan sampaiiiiii kenyang.Okeylah jumpa lagi nanti bye-bye.

Saturday, September 6, 2008

Aiman nak makan ape ye ?

Aiman ingat nak makan nasi putih lauk ayam masak merah tapi ibu masak nasi minyak sedaplah jugak tu yummy aiman tak sabar dah ni sedap ke tak latu.Selamat Berbuka Puasa.

Friday, September 5, 2008

aiman buat apa ?

Pagini aiman sahur kat umah Opah. Aiman makan nasi putih lauk telur mata kuah kari pastu aiman tengok tv pastu aiman pergi gaint lepas aiman pergi gaint aiman balik umah. Dalam perjalanan tu aiman tengah tido lepas tu gi singgah kedai ikan beli ikan apetah yang aiman belitu aiman pun baliklah umah aiman tengok tv jap pastu aiman dapat buat blog.