Monday, August 24, 2009

Puasa hari ketiga

Assalamualaikum dah lama Aiman tak updet blog,ha hari ni Aiman nak updet blog lak.Hari ni Aiman nak cerita tentang puasa,pada hari sebelum puasa Aiman demam,Aiman rasa takut sebab hari dah nak puasa,nasib baik Aiman sempat sembuh kalau tak Aiman kena ganti puasa tapi yang tak besnya ialah Aiman tak boleh gi solat terawih takut nanti kena balik demam.Masa berbuka hari pertama Aiman makan asam pedas tapi Aiman tak suka sebab masam.Pagi kedua Aiman sahur nasi sikit jer sebab tak lalu nak makan,tengah hari tu Aiman rasa lapar untuk melupakan kelaparan itu Aiman pun main game lepas tu Aiman pergi pasar ramadhan beli kuih jap tiba-tiba Aiman rasa sakit dada takut Aiman masa tu rupa-rupanya Aiman angin je.Masa berbuka malam tu Aiman makan nasi lauk ayam percik kuah pajeri nanas sodap.Malam tu Aiman pergi solat terawih,solat terawih yang pertama tahun ni.Sahur ni Aiman makan mee goreng ngan air milo,berbuka nanti Aiman makan kari udang lak.SELAMAT BERPUASA.

Friday, February 6, 2009

Jalan-jalan hari pertama di Langkawi.

Pada 23.1.2009 Aiman telah pergi ke Pulau Langkawi,Aiman bertolak pada pukul 4:00 pagi,Aiman sampai Kuala Perlis pada pukul 9:10 minit pagi,sampai sana Aiman dengan ibu pegi beli ticket feri,ayah pulak pergi parkng kereta.Selepas pergi beli ticket feri Aiman tunggu ayah datang kat jeti,lepas tu Aiman pergi makan,lepas pergi makan Aiman pergi tunggu feri pukul 10:00 punya,lepas feri sampai kena tunggu lagi sebab orang nak turun,lepas tu Aiman naiklah feri aiman duduk kat tempat NO:24,25 dan26,lepas semuuuuuua orang dah masuk feri pun berlepas,masa feri yang Aiman naik tu berjalan Aiman rasa takut sebab Aiman duduk kat tempat muncung bahagian bawah,Aiman pun sampai kat jeti Pulau Langkawi,lepas itu Aiman jalan-jalan kat dalam jeti,lapas habis jalan-jalan Aiman sewa kereta,ni lawak ni Aiman sewa kereta kancil ketot tu dahla keluarga Aiman besar-besar lak tu sempit benor.Aiman sudah sampai ke hotel,hotel itu bernama seri kijang,Aiman ikut ibu pergi cek in,dah boleh masuk,lepas tu Aiman masuk bilik Aiman loncat atas katil mula sembahyang dulu pastu buat kerja sekolah pastu baru enjoy,enjoy Aiman itu bukanlah enjoy keluar jalan-jalan,enjoy Aiman tu bermaksud enjoy main game PSP la,pastu malam tu Aiman gi makan kat depan under water world,makanan kat situ sedap-sedap antaranya ialah udang masak pedas,sotong celup tepung dan lain-lain lagi.Akan bersambung esok.

Friday, November 14, 2008

Cuti sekolah kembali lagi !

Ye,ye cuti kembali lagi,tapi yang tak bestnya ialah takde kawan tu tak best tu.tapi tahun depan cikgu kata Aiman akan jadi pengawas pusat sumber,tapi tak lagi jadi ke tak.Best tak jadi pengawas pusat sumber?Aiman tak sabar2 nak tau keputusan na nak jadi ke tak jadi.Cuti ni Aiman gi PD Aiman ingat nak bawak sedara entah boleh ke tak.Bye-bye.

Wednesday, November 5, 2008

Pereksa akhir tahun PKSR 2.

Pereksa akhir tahun Aiman dah nak habis tinggal lagi 2 hari lagi esok pereksa pendidikan seni Aiman pilih lukisan tajuknya ialah berkelah di tepi pantai lagi satu pereksa bahasa inggris boleh ke Aiman buat.Tamat.

Monday, October 27, 2008

Hadiah paling mahal sekali.

Nak tau tak hadiah paling mahal Aiman penah dapat ialah PSP tau,ni hadiah hari jadi Aiman tapi duit campur duit raya Aiman RM500 ringgit okey latu campur sikit je duit ibu ayah.Masa tu ibu tanya nak beli PSP ke PS2?Aiman pun jawab lah nak PSP.Ke esok kan hari nya lak ibu pun beli lah PSP ibu pun tanya nak warna coklat ke hitam?Aiman pun jawab lah nak warna hitam pastu pilih 10 game lak pas lih game kena instal lu baru lih main dalam perjalanan Aiman pun main lah game macam-macam game ada.

Friday, October 24, 2008

Birthday Aiman


Ramai orang nak tengok kek Aiman kan,okey hari ni jugak Aiman tunjuk kek Aiman.Itu dia kek Aiman sedap kan.MAN UTD tu. Aiman nak tunjuk hadiah lak.The end.

Thursday, October 23, 2008

Hari ni besday Aiman

Hari besday Aiman.Cake Aiman cake MAN UTD tau tak sabar 2 Aiman nak tengok cake Aiman,sedap ke tak ye mmmmm malam karang baru buat okelah tu je Aiman nak cite.